Monday, June 28, 2010

Di sebalik yang tersurat

Entri ni dah lama bersarang dalam draf cuma aku tiada kekuatan untuk post. Dan oleh kerana 'sesuatu dan persoalan yang selalu bermain difikiran', hari ni aku betul2 kuatkan azam dan semangat nak share apa yang sebenarnya berlaku pada arwah Hubby.





Al-fatihah Ab...


Arwah Mohd Hazrizal bin Azizan (13 September 1983 - 13 Oktober 2009)



Seperti mimpi di siang hari...bila dikejutkan semuanya hilang pada pandangan mata. Segalanya bermula pada tahun di UPM tahun 2002 - 2006, sehingga sekarang masih jelas dalam kotak memori.




3 tahun selepas kenal, kami mengikat tali pertunangan pada Oktober 2007 dan pada malam 15 Ogos 2008, kami bertaut janji, didepan kadi, arwah melafazkan akad memperisterikan aku. Aku masih ingat, ketika itu, aku ada terdetik dihati, "janganla ada apa2 dengan hubungan kami ini, jauhilah daripada fitnah manusia dan jin."kerna ku cukup takut untuk menghadapi segala kemungkinan. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehinggalah pada majlis di sebelah pihak lelaki seminggu kemudian di Perak. Doa yang sama aku tuturkan.


Tapi takdir Allah mengatasi segalanya...

2 bulan kemudian, pada Disember 2008, arwah diserang demam selsema bersama batuk selepas balik daripada BTN di Kem Hulu Kernas, Kedah.

3 bulan arwah menderita batuk kering. Dan perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa2 penyakit pada arwah. Berpuluh-puluh kali X-ray dan blood test dijalankan, pelbagai test dilakukan, cucuk sana cucuk sini tapi hasilnya semua negatif, berbotol2 ubat batuk arwah telan bagi melegakan batuk tapi hasilnya negatif. Kami berubah arah cuba plak perubatan tradisional...Hasilnya....



Ustaz A(kawan arwah): Ustaz A beritahu pada kami yang arwah dihinggapi makhluk halus. Ustaz A berusaha mengubati arwah...dihalaunya makhluk halus tersebut dan diberi bersama limau nipis dan air penawar untuk diminum. Makhluk itu ditikam oleh jarum bersama limau nipis. Tengah2 malam buta kami terpaksa mencari sungai untuk membuang makhluk halus bersama limau tersebut. Naik seram aku..belum pernah buat keja macam tuh..tapi...



Tapi hasilnya...arwah makin teruk...Kami buntu dan sehinggala kami menceritakan segala2nya pada mak dan abah arwah(abah dan mak mertuaku). Sebelum ni, kami memang bertekad tidak akan menyusahkan orang lain dalam menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga kami. tapi Allah Maha Tahu.

Abah mintak pertolongan sedara abah, pak cik abah.,..Kami panggil die sebagai Ayah Dot. Ayah Dot tinggal di Gurun. Dan oleh kerana, arwah dah tak tahan sakit batuk, pukul 8 malam kami bertolak dari Kulim p Gurun, p umah Ayah Dot, mintak pertolongan Ayah Dot.

Ayah Dot:Ayah Dot hanyalah sebagai tukang urut, jadi Ayah Dot mintak pertolongan kawannya Pak Cik Fadhil. Sebelum ni, Pak Cik Fadhil pernah mengubati orang yang terkena santau dan gangguan makhluk halus, dan testimoni daripada bekas pesakit ni sendiri kami dah sahkan, memang ada pesakit yang dah sembuh. Dan pak cik Fadhil ni pernah muncul dalam TV3 (kalau tak silap dalam rancangan Misteri Nusantara).

Pak Cik Fadhil: Tinggal di Yan Kedah, Kami bersama abah dan kawan abah pegi uman pak cik Fadil, Pak cik ni seorang nelayan dan seorang yang sangat sempoi. Untuk berubat, dia hanya mintak bawakan sirih, pinang dan kapur.

kami bawa bahan2 seperti yang dipinta.

Memang menyeramkan buat orang seperti aku. Aku belum pernah p mana2 berubat cara tradisional. Pak cik fadil, membaca ayat2 3 qul, dan meminta arwah duduk dihadapannya. sirih, pinang dan kapur dilipat2 dan dibaca ayat. Kemudian, abah dan kawan abah tanya pada pak cik fadil apa sebenarnya yang menganggu arwah.

Pak cik Fadil beritahu ada "seseorang" telah menghantar santau pada arwah kerana arwah kahwin dengan aku. Aku sebagai isteri yang dengar kat situ terkejut. Arwah sendiri pun terkejut, siapa, arwah tanya..tapi pak Cik fadil tak boleh bagtau, dia nak mengubati penyakit arwah. Dan dia minta arwah bawak bahan2 seperti daun keladi yang diisikan dengan air kosong sebanyak 40 ikat kot(dah lupa berapa jumlahnya), baldi, piring putih, sudu, kain putih, sirih, pinang dan kapur.

Selepas menyediakan bahan tuh, selepas isyak kami bertolak p umah Pak cik Fadil,

Arwah diminta baring seperti terlentang dan diletak daun keladi yang telah diisi air td dicelah2 bahagian badan seperti ketiak, leher, kepala, paha, kaki, pinggan. setiap bahagian badan diletaknnya daun keladi tersebut.

Pak cik fadil baca ayat 3 qul kemudian ayat2 yang aku sendiri pun tak tahu, selepas setengah jam, pak cik fadil mintak bukakan daun keladi yang telah dimasukkan air kosong kedalam piring putih satu persatu megikut bahagian tubuh, Mula2 buka bahagian kepala, air yang keluar daripada daun keladi tersebut sama seperti yang diisi oleh kami, kosong, jernih, selepas tu, satu persatu sehinggala ke bahagian dada...

Ya Allah...

Kami terdiam melihat apa yang keluar. serbuk bewarna hitam, berkilat bersama dengan air berwarna kuning. Tiada lagi air berwarna jernih..sehinggalah semua daun keladi tersebut dibuka.

Mata kami sendiri yang menyaksikan, bagaimana air kosong yang kami sendiri isi dalam daun keladi tersebut voleh bertukar kepada serbuk berwarna hitam dan air berwarna kuning. Rasional akalku tak dapat nak gambarkan.

Mengikut kata Pak cik Fadil, ini baru permulaan, dia dah cuba tarik benda nih kluar dan bukan semua benda nih akan keluar, kn selalu buat, dalam lain perkataan kena dtg berubat lagi sehingga putus ubat selama 106 hari. Air yang dimasukkan dalam piring putih tuh, ditapis menggunakan kain putih dan dimasukkan dalam baldi. memang jelas nampak serbuk2 hitam tuh atas kain putih.

Aku tanya pada pak cik fadil, apa sebenarnya benda hitam tuh.

Pak cik Fadil, Serbuk hitam tu dalah serbuk besi yang orang kedah dan org pantai timur panggil 'besi bat'. besi bat ni dikikis pada belanga yang sami guna untuk penyembahan dan dibaca jampi dan diseru pada mangsa menggunakan angin. atau kata lainnya santau angin.

To be continued.......