Wednesday, October 13, 2010

13 Oktober 2010



Hari ni genap setahun arwah Mohd Hazrizal b. Azizan meninggalkan kami. Perasaan??? Masih berdoa mengharapkan kekuatan sentiasa ada bagi meneruskan perjuangan. Bila dikenangkan kembali detik ini pada ketika dulu, tak sangka arwah pergi meninggalkan kami secepat ini. Tak sempat melihat iman aka budin (gelaran yang arwah selalu panggil ketika iman dalam perut), tak sempat pergi bercuti bersama, kami berjanji untuk holiday bersama-sama pada Disember 2009 ke Sabah atau Sarawak, dan bila hari sabtu lepas aku touch down di KK, semua ingatan kembali kpd arwah. Semua kenangan semasa arwah sakit, bila arwah sebut nak naik flight, kena booking cepat nnt tak sempat. Ya memang arwah tidak diizinkan untuk kesana tapi dijemput Allah. Arwah tak sempat melalui itu semua. Aku cukup terkilan tak bercuti awal. Semuanya takdir Allah, manusia tak dapat mengatasinya...Hari ni, setahun genap arwah pergi, Aku harap aku terus kuat untuk menjaga iman dan menjadi hamba Allah yang redha pada setiap takdirNya. Semoga arwah abang tenang, damai disana, kami sentiasa doakan abang.




Untuk Iman, anak mama, jadilah anak yang baik untuk mama dan arwah abah. Walaupun abah tiada lagi, tapi dia memang sentiasa sayang dan kasihkan iman seperti mama sayang dan kasihkan iman.




Untuk ma, ayah dan family di Trg, terima kasih kerana sentiasa menyokong dan mendoakan anakmu ini. Aku takkan kuat tanpa kalian.




Untuk mak, abah dan family di Perak dan Kedah, terima kasih kerana masih mengambil berat akan su dan iman walaupun arwah tiada lagi, tapi kalian sentiasa mengambil berat akan kami. Su tak nak kehilangan ibu mentua dan bapa mentua yang sebaik abah dan mak. Kalian terlalu baik untuk kami.




Untuk sahabat2 yang sentiasa mengambil berat akan kami., mendoakan kami, terima kasih....Terlalu banyak bantuan yang kalian berikan pada kami. Hanya Allah dapat membalasnya....




Akan ku hadapi detik pada hari ini dengan tangan dan fikiran yang terbuka. Semuanya ada hikmah yang Allah janjikan pada kami.


Al-fatihah abang....


Sunday, August 22, 2010

Depression

Ya....aku memang dalam kemurungan...Aku hilang segala-galanya..tiap-tiap hari aku nangis kenapa Allah uji aku begini...Aku boleh berpura-pura ketawa, senyum tapi bila balik umah, aku nangis sorang diri, aku hilang keyakinan diri.aku malu nk bertemu orang ramai, jiran-jiran, kawan2 even family aku sendiri...aku tk nk jumpa sape2. Hatiku diruntun pilu....prestasi kerjaku mula merosot...dateline kerja sering aku langgar...Aku tak mampu hadapi ini. Knp Allah tak amik aku...aku tak mampu hidup kat dunia yang kejam nih...


Permainan perasaan manusia yang kerdil seperti AKU memang sentiasa menimpa..itulah aku...berhari-hari aku nangis, menyesali apa yang terjadi...Aku punyai jiwa yang lemah...Macam mane aku nk kuatkan diri...setiap hari, kenangan lama sentiasa bermain di fikiran...Aku boleh jadi gila.

Bukan aku tak nk lupa kenangan lama, tapi manusia di sekeliling aku sentiasa buat aku teringatkan arwah abang...
Seperti kejadian 2 minggu lepas, wahai En. D, tolongla faham..saya belum bersedia untuk menerima kehadiran orang lain dalam hidup kami. ingat nk cari pengganti mcm nk cari ikan kat pasar ker?tolongla fahami kami. saya tahu saya ini ibu tunggal so tk perlu remind saya banyak kali tentang status saya. Tolonglah jangan semakkan fikiran saya...Insya Allah saya boleh besarkan anak saya, saya boleh bahagiakan dia...

Untuk En B plak, tolong jaga mulut...Kata-kata tuh umpama pedang..boleh bawa binasa, En B malukan saya hari ni...so suatu hari nnt, Allah akan malukan saudara nnt. Tunggulah....

ITULAH ANTARA PERMAINAN PERASAAN MANUSIA YANG LEMAH.

Jangan sedih-sedih....Allah sentiasa bersama kami. Amin..

Monday, June 28, 2010

Di sebalik yang tersurat

Entri ni dah lama bersarang dalam draf cuma aku tiada kekuatan untuk post. Dan oleh kerana 'sesuatu dan persoalan yang selalu bermain difikiran', hari ni aku betul2 kuatkan azam dan semangat nak share apa yang sebenarnya berlaku pada arwah Hubby.





Al-fatihah Ab...


Arwah Mohd Hazrizal bin Azizan (13 September 1983 - 13 Oktober 2009)



Seperti mimpi di siang hari...bila dikejutkan semuanya hilang pada pandangan mata. Segalanya bermula pada tahun di UPM tahun 2002 - 2006, sehingga sekarang masih jelas dalam kotak memori.




3 tahun selepas kenal, kami mengikat tali pertunangan pada Oktober 2007 dan pada malam 15 Ogos 2008, kami bertaut janji, didepan kadi, arwah melafazkan akad memperisterikan aku. Aku masih ingat, ketika itu, aku ada terdetik dihati, "janganla ada apa2 dengan hubungan kami ini, jauhilah daripada fitnah manusia dan jin."kerna ku cukup takut untuk menghadapi segala kemungkinan. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehinggalah pada majlis di sebelah pihak lelaki seminggu kemudian di Perak. Doa yang sama aku tuturkan.


Tapi takdir Allah mengatasi segalanya...

2 bulan kemudian, pada Disember 2008, arwah diserang demam selsema bersama batuk selepas balik daripada BTN di Kem Hulu Kernas, Kedah.

3 bulan arwah menderita batuk kering. Dan perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa2 penyakit pada arwah. Berpuluh-puluh kali X-ray dan blood test dijalankan, pelbagai test dilakukan, cucuk sana cucuk sini tapi hasilnya semua negatif, berbotol2 ubat batuk arwah telan bagi melegakan batuk tapi hasilnya negatif. Kami berubah arah cuba plak perubatan tradisional...Hasilnya....



Ustaz A(kawan arwah): Ustaz A beritahu pada kami yang arwah dihinggapi makhluk halus. Ustaz A berusaha mengubati arwah...dihalaunya makhluk halus tersebut dan diberi bersama limau nipis dan air penawar untuk diminum. Makhluk itu ditikam oleh jarum bersama limau nipis. Tengah2 malam buta kami terpaksa mencari sungai untuk membuang makhluk halus bersama limau tersebut. Naik seram aku..belum pernah buat keja macam tuh..tapi...



Tapi hasilnya...arwah makin teruk...Kami buntu dan sehinggala kami menceritakan segala2nya pada mak dan abah arwah(abah dan mak mertuaku). Sebelum ni, kami memang bertekad tidak akan menyusahkan orang lain dalam menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga kami. tapi Allah Maha Tahu.

Abah mintak pertolongan sedara abah, pak cik abah.,..Kami panggil die sebagai Ayah Dot. Ayah Dot tinggal di Gurun. Dan oleh kerana, arwah dah tak tahan sakit batuk, pukul 8 malam kami bertolak dari Kulim p Gurun, p umah Ayah Dot, mintak pertolongan Ayah Dot.

Ayah Dot:Ayah Dot hanyalah sebagai tukang urut, jadi Ayah Dot mintak pertolongan kawannya Pak Cik Fadhil. Sebelum ni, Pak Cik Fadhil pernah mengubati orang yang terkena santau dan gangguan makhluk halus, dan testimoni daripada bekas pesakit ni sendiri kami dah sahkan, memang ada pesakit yang dah sembuh. Dan pak cik Fadhil ni pernah muncul dalam TV3 (kalau tak silap dalam rancangan Misteri Nusantara).

Pak Cik Fadhil: Tinggal di Yan Kedah, Kami bersama abah dan kawan abah pegi uman pak cik Fadil, Pak cik ni seorang nelayan dan seorang yang sangat sempoi. Untuk berubat, dia hanya mintak bawakan sirih, pinang dan kapur.

kami bawa bahan2 seperti yang dipinta.

Memang menyeramkan buat orang seperti aku. Aku belum pernah p mana2 berubat cara tradisional. Pak cik fadil, membaca ayat2 3 qul, dan meminta arwah duduk dihadapannya. sirih, pinang dan kapur dilipat2 dan dibaca ayat. Kemudian, abah dan kawan abah tanya pada pak cik fadil apa sebenarnya yang menganggu arwah.

Pak cik Fadil beritahu ada "seseorang" telah menghantar santau pada arwah kerana arwah kahwin dengan aku. Aku sebagai isteri yang dengar kat situ terkejut. Arwah sendiri pun terkejut, siapa, arwah tanya..tapi pak Cik fadil tak boleh bagtau, dia nak mengubati penyakit arwah. Dan dia minta arwah bawak bahan2 seperti daun keladi yang diisikan dengan air kosong sebanyak 40 ikat kot(dah lupa berapa jumlahnya), baldi, piring putih, sudu, kain putih, sirih, pinang dan kapur.

Selepas menyediakan bahan tuh, selepas isyak kami bertolak p umah Pak cik Fadil,

Arwah diminta baring seperti terlentang dan diletak daun keladi yang telah diisi air td dicelah2 bahagian badan seperti ketiak, leher, kepala, paha, kaki, pinggan. setiap bahagian badan diletaknnya daun keladi tersebut.

Pak cik fadil baca ayat 3 qul kemudian ayat2 yang aku sendiri pun tak tahu, selepas setengah jam, pak cik fadil mintak bukakan daun keladi yang telah dimasukkan air kosong kedalam piring putih satu persatu megikut bahagian tubuh, Mula2 buka bahagian kepala, air yang keluar daripada daun keladi tersebut sama seperti yang diisi oleh kami, kosong, jernih, selepas tu, satu persatu sehinggala ke bahagian dada...

Ya Allah...

Kami terdiam melihat apa yang keluar. serbuk bewarna hitam, berkilat bersama dengan air berwarna kuning. Tiada lagi air berwarna jernih..sehinggalah semua daun keladi tersebut dibuka.

Mata kami sendiri yang menyaksikan, bagaimana air kosong yang kami sendiri isi dalam daun keladi tersebut voleh bertukar kepada serbuk berwarna hitam dan air berwarna kuning. Rasional akalku tak dapat nak gambarkan.

Mengikut kata Pak cik Fadil, ini baru permulaan, dia dah cuba tarik benda nih kluar dan bukan semua benda nih akan keluar, kn selalu buat, dalam lain perkataan kena dtg berubat lagi sehingga putus ubat selama 106 hari. Air yang dimasukkan dalam piring putih tuh, ditapis menggunakan kain putih dan dimasukkan dalam baldi. memang jelas nampak serbuk2 hitam tuh atas kain putih.

Aku tanya pada pak cik fadil, apa sebenarnya benda hitam tuh.

Pak cik Fadil, Serbuk hitam tu dalah serbuk besi yang orang kedah dan org pantai timur panggil 'besi bat'. besi bat ni dikikis pada belanga yang sami guna untuk penyembahan dan dibaca jampi dan diseru pada mangsa menggunakan angin. atau kata lainnya santau angin.

To be continued.......

Thursday, May 20, 2010

Anak yatim

Bulan ni sehingga bulan depan...sungguh busy...dengan kursus, report yang selalu kn update, entertain bos2 lagi...kertas kerja yang menimbun2...dengan seminar yang bakal tiba....sgtla menuntut masa, kerahan tenaga dan buah fikiran..





Hari jumaat, macam biasa berkejar-kejar nk siapkan deadline sblum kul 12.pm, ana dikunjungi seseorg dipejabat..





Ana persilakan si dia duduk dan berbasa-basila...Soalan die nih satu shj...dan soalan nih lah telah merubah mood aku





" Saya nak tengok gambar ank yatim, boleh tak?"


Apakah yang aku perlu lakukan...





Aku buka folder pic dlm computer then tunjuk kat die...


Ni gambarnya.....





si dia: Lainnya muka die tak serupa dengan u


Aku: of course, ya tapi die adlah anak aku..my only son





pastuh...die ucap terima kasih then blah





Apa motif die?





Aku tk tahu apa yg aku dapat conclude tapi walauapapun, Iman adalah anak aku dan Mohd Hazrizal, walaupun abahnya dah meninggal dunia dan dia ANAK YATIM...Aku nih boleh jadi mamanya dan abahnya...InsyaAllah.





Walaupun benar kata2 sidia tuh yang Iman dah ank yatim...aku ni br nk dapat terima yang arwah abahnya dah meninggalkan kami..perginya tak kembali...





Aku sedang mencari kekuatan utk hadapi /hidup atas dunia ni selepas apa yg berlaku...Bagilah kami ruang untuk bernafas dgn tenang....





"Hidup memang tidak mudah, tetapi kemudahan dapat dihidupkan. Kepenatan, kemarahan, turunnya kualiti ibadah dan kegersangan ruhiyah adalah titik klimaks dari kelalaian seorang hamba dalam menjalani ujian hidup. Matikan kelalaian itu dengan hati yang hidup dalam mewujudkan kemudahan hidup."



Ya Allah..Kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Aku redha dengan ujianMu YaAllah..Ameen......

Thursday, April 29, 2010

Down!

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan hadapi dunia ni....

Aku selalu menangis, aku dh penat menangis...Ya Allah. ujian Mu ni terlalu berat untuk ku. Macam mana aku nk hadapi hidup ni kat dunia...

Aku hanya ada Engkau Ya Allah... Segala2nya adalah milikMU. terlalu kerdilnya aku disini....

Monday, April 12, 2010

Kisah hari sabtu.....

Lokasi: Baby centre
Misi: Mencari stroller n mainan utk Iman

Ramainya manusia kt cni...parking pun ssh nk cr...selesai parking aku meluru masuk baby centre(maklumla dh petang, plak tuh iman kn tinggal dgn adik kt umah)..Tiba2...
Si E: eh...su....
aku: "alamak, terserempak kwn lamala plak"bisik hati aku...oooo hai, dh lama tak jumpa, apa kabar? " aku cuba berbasa basi...lama betui tk jumpa nih, 6 tahun kot
si E: ko ni makin kurusla,,mana husband? ni mesti dah bertiga nih....
Aku: ermmmmm....ooo ko dtg cni buat apa?
Si E: aku mai beli hadiah utk kwn, tuh husband n anak aku...(die tunjuk hubby die n bb yg br berumur 3bln...happynyer family dier,...jeles betul aku)
Aku: okla.. aku nk cpt nih..by

aku terus meninggalkan kwn aku...sorry wahai sahabatku....

bila aku menuju ke bahagian baju2 baby...
Si M; Eh su....lama tk jumpa..
Aku: "Alamak, jumpa kwn baik ms matrix la plak(5 thn tk jumpa nih)..." hai, apa kabar? ko buat ape kat cni?
Si M: aku bli hadiah utk member..ko ni makin kurusla...knp?dtg dgn sape nih?
Aku: ooo biase...aku dtg dgn adik, ni adik aku..(aku tunjukla adik aku)
si M: mana suami n anak?still PJJ(Perkahwinan jarak jauh) ker atau dh duk skali?
Aku: ermmmmmm.....ank duk umah, adik aku yg jg.
Si M: duk asing2 lagi erk dgn husband?
Aku: sbenarnya....suami aku dh tkder.

Si M: knp? accident ker?
aku terus pegi dr citu....maafkan aku wahai kawan..aku tk boleh, tk dpt nk jwb soalan tuh...air mata aku nih laju jer turun. aku meninggalkan sahabat aku mcm tuh jer...

Aku tk nk nangis depan adik aku, depan org yg lalu lalang tuh, depan pasangan2 yg masing2 bwk baby.. aku sedih....



sebab...aku dh tkder suami yg boleh teman aku, yg boleh sama2 shopping utk anak kami, yg boleh teman kami lagi...aku dh tkder suami , aku dh hilang tempat bergantung......

Aku tk kuat...utk hadapi ni semua...aku rs segan bila org pandang aku bli brg bb sorang2, aku rs cemburu lihat pasangan2 bwk baby masing2 shopping.bahagianyer hidup mereka....aku? knp aku tk boleh bahagia seperti mereka? knp abg pegi dulu?knp tinggalkan su dan iman?

Wahai Si M dan Si E, aku mintak maaf, aku tk tahu mcm mn nk jwb soalan2 tuh,,,mungkin aku blom bersedia lg atau mungkin kalian tahu kisah percintaan kami dan aku rs malu utk share kisah rumah tangga kami..aku tk sebahagia korang ..Rumah tangga kami sering kali diuji...sekali kg maafkan aku wahai kwn...

Misi mencari stroller terbantut dn mood aku menjd swing tiba2....

Thursday, April 8, 2010

Keheningan...

Perginya takkan kembali lg....setiap hari, setiap detik malah setiap lakuku mengingatkan pd si dia yg telah kembali menemui Ilahi..."hidup ini mesti diteruskan"..kata2 pendorong sahabat2 menjadi kekuatan. ya...aku kn kuat menghadapi hari esok yg lebih mencabar, membesarkan Iman tanpa mengenali abahnya dan bermacam-macam ragam dunia.....Aku perlu kuat!...


4 April 2010...

Su nk pegi pusara arwah.dah lama tk jumpa arwah, tk ckp dgn arwah.(sejak arwah pergi 13 Oct 2009, aku blom bersedia utk melihat pusaranya....hampir 6 bln)...bgtau ku pd opah arwah...


Pagi itu, aku mejejakkan kaki ke pusara arwah...suasana pagi yg hening, angin bertiup tenang, bunyi kicauan burung menyambut kedatanganku... (Ya Allah, berilah aku kekutan utk hadapi ini semua, aku tak mahu nagis dpn pusara arwah) kata hatiku...


Tapi.....aku insan yg lemah, disaat aku lihat batu nisan yg terukir nama MOHD HAZRIZAL AZIZAN....air mata ini laju turun...(abang dah takder, abg dh tinggalkan su dn iman, knp ni semua berlaku pd kita) soalan tanpa jwpn bertalu-talu muncul dibenak, (ya aku insan yg lemah, aku tk mampu hadapi ini semua)...("Su...su jg diri baik2, jg anak kita...abg akan pergi dulu.abg tahu su boleh hidup tanpa abg..." kata-kata arwah yg ku anggap sebagai omongan kosong sebagi gurauan)seperti dia tahu yg dia akn meninggalkan aku.(tidak, aku tk boleh hidup tanpanya...bkn mudah menghalau semua kenangan, terlalu bnyk, terlalu ssh utk hadapi ini semua...


aku buka yasin, sedekahkan padanya...hatiku cukup sedih...tapi bila selesai yasin kubaca, kurasa cukup tenang...seakan-akan arwah ada bersamaku...kami bermain kata dlm hati...ku ceritakan ttg iman, ttg sshnya kehidupanku tanpa arwah, ttg proses bersalinku tanpanya disisi.ttg janji kami...aku rs sungguh tenang dpt luahkan semuanya...(Abg akan sentiasa dlm hati ini, bersama kami...InsyaAllah kita akn bersama disyurga nnt. amin)Aku pasrah...aku redha...Allah Maha Mengetahui atas segala yg berlaku..Aku serahkan segalanya pada yg Maha Berkuasa.


Kami redha...aku tinggalkan pusara arwah tanpa berpaling lg....aku kn teruskan hidup ini utk iman..arwah tingglkan aku harta yg paling berharga...KELAHIRAN DRPD KEMATIAN.....Muhammad Adam Iman B. Mohd Hazrizal, mama akan cuba jd mama dan papa yg terbaik utk iman, jdla anak yg soleh sayangku.