Wednesday, October 13, 2010

13 Oktober 2010



Hari ni genap setahun arwah Mohd Hazrizal b. Azizan meninggalkan kami. Perasaan??? Masih berdoa mengharapkan kekuatan sentiasa ada bagi meneruskan perjuangan. Bila dikenangkan kembali detik ini pada ketika dulu, tak sangka arwah pergi meninggalkan kami secepat ini. Tak sempat melihat iman aka budin (gelaran yang arwah selalu panggil ketika iman dalam perut), tak sempat pergi bercuti bersama, kami berjanji untuk holiday bersama-sama pada Disember 2009 ke Sabah atau Sarawak, dan bila hari sabtu lepas aku touch down di KK, semua ingatan kembali kpd arwah. Semua kenangan semasa arwah sakit, bila arwah sebut nak naik flight, kena booking cepat nnt tak sempat. Ya memang arwah tidak diizinkan untuk kesana tapi dijemput Allah. Arwah tak sempat melalui itu semua. Aku cukup terkilan tak bercuti awal. Semuanya takdir Allah, manusia tak dapat mengatasinya...Hari ni, setahun genap arwah pergi, Aku harap aku terus kuat untuk menjaga iman dan menjadi hamba Allah yang redha pada setiap takdirNya. Semoga arwah abang tenang, damai disana, kami sentiasa doakan abang.




Untuk Iman, anak mama, jadilah anak yang baik untuk mama dan arwah abah. Walaupun abah tiada lagi, tapi dia memang sentiasa sayang dan kasihkan iman seperti mama sayang dan kasihkan iman.




Untuk ma, ayah dan family di Trg, terima kasih kerana sentiasa menyokong dan mendoakan anakmu ini. Aku takkan kuat tanpa kalian.




Untuk mak, abah dan family di Perak dan Kedah, terima kasih kerana masih mengambil berat akan su dan iman walaupun arwah tiada lagi, tapi kalian sentiasa mengambil berat akan kami. Su tak nak kehilangan ibu mentua dan bapa mentua yang sebaik abah dan mak. Kalian terlalu baik untuk kami.




Untuk sahabat2 yang sentiasa mengambil berat akan kami., mendoakan kami, terima kasih....Terlalu banyak bantuan yang kalian berikan pada kami. Hanya Allah dapat membalasnya....




Akan ku hadapi detik pada hari ini dengan tangan dan fikiran yang terbuka. Semuanya ada hikmah yang Allah janjikan pada kami.


Al-fatihah abang....


2 comments:

  1. Salam,

    Suraya..:'(

    Kuatlah ok?

    We are always here..by ur side.

    ReplyDelete
  2. betul cipah tulis tu sue..kuatkan semangat k..amiin..

    ReplyDelete